Wednesday, July 29, 2009

Pengenalan Kepada Perakaunan

Simpan Kira dan Perakaunan

SIMPAN KIRA

Simpan kira di kenali sebagai kemahiran mengenal pasti, mengelas dan merekod urus niaga secara sistematik.

Tujuan simpan kira dilakukan:

  • Merekod, mengelas dan meringkaskan semua urus niaga perniagaan dalam nilai wang.
  • Menyimpan rekod mengenai aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik perniagaan untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaan pada setiap masa tertentu.
  • menyediakan maklumat tentang:

    i. Jenis dan jumlah perbelanjaan

ii. Jenis dan jumlah pendapatan

iii. Penghutang dan jumlah hutangnya

iv. Pemiutang dan hutangnya

PERAKAUNAN

Perakaunan pula adalah mengelas, merekod, mentafsir, menganalisa dan melapor maklumat kewangan kepada pihak yang berkepentingan agar pengurusan dapat membuat keputusan.

Tujuannya adalah untuk:

  1. Menganalisa dan mentafsir urus niaga agar laporan perakaunan boleh disediakan
  2. Mengukur prestasi dengan membuat perbandingan












No comments:

Post a Comment